Tuesday, March 3, 2009

BALIK KAMPUNG

Insyallah kami akan pulang ke Kampung  pada hari Jumaat ini untuk menghabiskan cuti hujung minggu dan Maulibur Rasul bersama keluarga isteri saya. Sejak kebelangkangan ini saya agak kerap pulang bercuti di kampung.  Suasana kampung yang tenang dari kesibukan agak jauh bebeza dari Kuala lumpur. Balik Kampung juga dapat memberikan peluang kepada anak kami, Ariff erti kehidupan kampung. Walaupun usianya masih kecil, 3 tahun tetapi kami ingin memupuk rasa kasih sayang dan “self belonging” kepada kampung halaman.

Kami amat berharap Ariff akan mengingati peristiwa balik Kampung bila telah dewasa nanti. Bayangkalah bagaimana suasana di tahun 2030 bila Ariff telah meningkat umur 24 tahun.  Kulim tentu akan menjadi bandaraya dan Malaysia secara amnya akan menjadi Negara maju.

Bila orang bertanya Ariff ingin jadi apa bila besar nanti, kami selalu menjawab, kami berharap dia akan menjadi seorang berguna pada ugama dan bangsa. Itulah harapan kami kepada beliau.   Melihat cabaran pada muda mudi sekarang kami rasa dididikan ugama yang kuat adalah satu kemestian dalam menghadapi kehidupan yang mencabar dimasa akan datang.

Wednesday, February 11, 2009

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Kami menyambut ulang tahun perkawinan kami yang ke 11 pada 2 February lepas. Sekarang sudah 11 tahun kami mengharungi kehidupan inin bersama dan rasanya amat cepat masa berlalu. Masih ingat lagi pada mula-mula saya diterima olih keluarga isteri saya. Pengalaman mengingati nama timang-timangan adik beradik amat susah untuk diingati pada awalnya. Pangillan Abang Chat, Abang Teh, Pak Teh, Mak Lang, Pak Jang, dsb amat janggal bagi saya yang berasal dari Kelantan.

Pengalaman isteri saya yang ingin menunjukan "skill memasak" beliau juga amat mengelikan hati. Ayam masak gajus menjadi Ayam masuk gajus hangit! . Semua peristiwa itu menjadi kenangan kami dan kami bersyukur kerana dapat mengharungi kehidupan selama 11 tahun dengan bahagia dan berdoa kepada Allah semuga ia berkekalan.

Monday, February 2, 2009

Liku liku kehidupan adalah satu blog yang cuba merakamkan kenangan kami bersama samada suka atau duka untuk di kongsi bersama. Di harap blog ini akan dapat berkembang dengan sumbangan kisah-kisah yang akan dapat di kongsi bersama.