Wednesday, February 11, 2009

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Kami menyambut ulang tahun perkawinan kami yang ke 11 pada 2 February lepas. Sekarang sudah 11 tahun kami mengharungi kehidupan inin bersama dan rasanya amat cepat masa berlalu. Masih ingat lagi pada mula-mula saya diterima olih keluarga isteri saya. Pengalaman mengingati nama timang-timangan adik beradik amat susah untuk diingati pada awalnya. Pangillan Abang Chat, Abang Teh, Pak Teh, Mak Lang, Pak Jang, dsb amat janggal bagi saya yang berasal dari Kelantan.

Pengalaman isteri saya yang ingin menunjukan "skill memasak" beliau juga amat mengelikan hati. Ayam masak gajus menjadi Ayam masuk gajus hangit! . Semua peristiwa itu menjadi kenangan kami dan kami bersyukur kerana dapat mengharungi kehidupan selama 11 tahun dengan bahagia dan berdoa kepada Allah semuga ia berkekalan.

1 comment:

  1. Diam tak diam sudah 11 tahun ya Wan. Alhamdullillah segalanya berjalan dengan baik kan Wan.....dan yang lebih menggembirakan dan menceriakan hidup kalian berdua adalah ....kehadiran Ariff.... pemuda kecil yang comel dan tampan tu...bukan setakat menceriakan Wan dan Ton. Seluruh keluarga amat gembira dengan kepetahannya sekarang......

    ReplyDelete